Mahathir sedia isytihar harta jika jadi calon pilihan raya

Mahathir sedia isytihar harta jika jadi calon pilihan raya

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia mengisytiharkan hartanya sekiranya dipilih menjadi calon pilihan raya akan datang.

“Ya. Saya boleh isytiharkan harta saya. Tetapi saya tidak tahu sama ada saya akan jadi calon atau tidak?

“Kamu mahu saya jadi calon?”soalnya kembali kepada wartawan  pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan  sama ada akan mengisytiharkan hartanya sebagaimana kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk membuat pengisytiharan harta lebih kurang 30 bakal calon pilihan raya bagi pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Dr Mahathir memberitahu Majlis Presiden PH tidak tahu menahu dengan tindakan Penyelaras Invoke itu untuk membuat majlis pengisytiharan harta .

Tambahnya lagi, Majlis Presiden PH tidak terlibat dengan apa yang dilakukan Rafizi dan menyifatkan ia tindakan yang dilakukan sendiri oleh Invoke.

“Itu soal Invoke, dia yang buat kenalah pergi tanya. Kita pun tak tahu apa. Itu Invoke punya hal lah,” katanya.

Ditanya sama ada PH akan mengarahkan calon-calonnya untuk mengistiharkan harta, Dr Mahathir menyerahkan kepada keputusan Majlis Presiden PH.

“Sehingga ia dibincangkan dalam mesyuarat, saya tidak bebas untuk membuat apa-apa kenyataan,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS