Mahathir seru ahli, pemimpin Pas bertaubat

Mahathir seru ahli, pemimpin Pas bertaubat

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pemimpin Pas bertaubat kerana menyokong perbuatan 'jenayah', rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, mengundi Pas adalah sama dengan dengan mengundi BN dan menyokong perbuatan jenayah dan dosa penjenayah akan turut ditanggung oelh mereka yang menyokong penjenayah.

“Sesungguhnya mengundi Pas adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib.

“Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli Pas,” tulisnya dalam blog hari ini.

Baru-baru ini ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata mengundi PH sama seperti mengundi DAP.

Anak presiden Pas itu mendakwa DAP mempengaruhi AMANAH, Bersatu dan PKR untuk mengsekularkan negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, dalam PRU-14 Pas akan bertanding tiga penjuru dan undi DAP, Cina dan India tidak akan diperolehi oleh calon Pas.

Namun katanya bagi Pas yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran kerajaan kleptokrat Najib.

Sebaliknya bagi Pas yang penting adalah permusuhannya dengan AMANAH dan DAP.

“Bagi Pas partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan Pas bertanding,” katanya.

{loadposition myposition}

Menurut Pengerusi Bersatu itu juga, penyokong fanatik Pas juga perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran Pas yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara.

“Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan Pas dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti Pas adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad, penyokong fanatik parti Pas ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran Pas yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara.

“Tiada ada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana kelainan politik. Hentilah sembahyang dua imam yang masih dilakukan di Terengganu,” katanya.

CATEGORIES
TAGS