Mahfuz pohon YDP Agong nasihat PM letak jawatan

Mahfuz pohon YDP Agong nasihat PM letak jawatan

Sempena hari keputeraan Sultan Kedah yang ke-88 tahun, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memohon baginda yang juga selaku Yang di-Pertuan
Agong agar menasihati Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahfuz OmarSempena hari keputeraan Sultan Kedah yang ke-88 tahun, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memohon baginda yang juga selaku Yang di-Pertuan 
Agong agar menasihati Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.

Langkah ini ujarnya penting bagi membantu memulihkan keyakinan umum untuk pertumbuhan ekonomi dan nilai ringgit yang lebih baik.

Dalam satu kenyataan media, Mahfuz menjunjung kasih titah Tuanku Sultan sempena ulang tahun keputeraan baginda yang begitu perihatin terhadap beban
rakyat akibat dari kejatuhan komoditi dan nilai ringgit.

Beliau menambah, apa yang terjadi pada hari ini berpunca daripada sikap boros, ketirisan dan amalan rasuah pemimpin negara.

“Di waktu nilai ringgit kukuh dan harga komoditi serta harga minyak berada pada tahap yang tinggi kerajaan BN tidak pernah beringat dan berjimat dalam
perbelanjaan, jauh sekali untuk menabung dalam tabung masa depan (sovering fund).

“Rakyat hanya diberikan rasa nikmat seketika, sedap sesaat sedangkan pemimpin terus hidup dengan longgokan kekayaan yang menimbun,” kesal beliau.

Beliau menambah,apabila negara berhadapan dengan situasi ekonomi yang tak menentu, kerajaan BN mengambil jalan mudah dengan melaksanakan dasar-dasar
yang membebankan rakyat bagi merancakkan pembanggunan ekonomi negeri dan negara.

“Di negeri Kedah dinaikan cukai tanah yang begitu banyak dan dijangka dapat menambah pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM94 juta.

“Kini pertambahan kawasan baru untuk dikena pula cukai pintu sedang digiatkan di kawasan kampung yang tiada perkhidmatan untuk rakyat dari pihak
berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar dan PBT yang lain,” ujarnya.

Di peringkat persekutuan jelas beliau, kerajaan BN telah menaikkan kadar tol, tarif letrik, tambang pengangkutan awam, mengurang dan memansuhkan subsidi barang keperluan rakyat serta penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.

Semua ini, ujar beliau dilaksanakan bagi menampung keborosan, ketirisan dan rasuah dalam pengurusan dan perbelanjaan wang negara.

Mahfuz turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong tentang kesulitan yang dihadapi rakyat di kampung-kampung ekoran penurunan harga komoditi khususnya
getah.

Kelaparan, katanya bukan berlaku di kampung-kampung malah telah menjalar ke menara gading ekoran wujud para pelajar yang kelaparan kerana kesuntukan
wang.

Sehubungan itu, Mahfuz mengharapkan Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi ketenatan hidup rakyat yang berpunca dari
pemimpin negara yang boros dan mengumpul kekayaan diri dan keluarga.

“Patik mohon sudilah apa kiranya demi negara dan rakyat Tuanku menasihatkan memanda Perdana Menteri melepaskan jawatan,” pohon beliau.

TAGS