Mahkamah Persekutuan  benarkan rayuan JPN

Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan yang dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang kanak-kanak Islam tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai tiga anggota panel hakim membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara menunggu penyelesaian kes di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes sivil, sesuatu pihak perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum mereka boleh meneruskan dengan sesuatu rayuan itu. JPN dan dua lagi pemohon telah mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mahkamah tertinggi itu menetapkan 8 Sept untuk mendengar kes berkenaan.

“Kami membenarkan permohonan penangguhan itu berkuat kuasa hari ini dan tiada perintah mengenai kos,kata Hakim Md Raus.

Ahmad Terrirudin yang mewakili JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan Malaysia memohon kepada Mahkamah Persekutuan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei lepas.

Hakim Md Raus yang bersidang dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dand Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alizatul

Khair Osman Khairuddin turut membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk mecelah dalam permohonan penangguhan tiga pemohon itu.

TAGS