Mahkamah Persekutuan ketepikan sabitan kes bunuh pengasas AmBank

Mahkamah Persekutuan ketepikan sabitan kes bunuh pengasas AmBank

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan terhadap bekas pemandu trak tunda kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan memerintahkan supaya kesnya dibicarakan semula.

Panel lima anggota dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan rayuan Koong Swee Kwan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula.

Beliau berkata adalah amat prejudis terhadap Koong bersabit dengan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan Koong dan rayuan seorang daripada saksi pendakwaan.

Hakim Zulkefli turut mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap Koong.

Beliau kemudian menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes Koong di Mahkamah Tinggi di hadapan seorang hakim baharu dan memerintahkan supaya Koong diletak di bawah tahanan reman.

Bersidang bersama beliau ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

TAGS