Mahkamah Persekutuan tolak rayuan terakhir Anwar

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan terakhir Anwar


Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula kesnya selepas disabitkan dengan kesalahan dalam kes liwat 11.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula kesnya selepas disabitkan dengan kesalahan dalam kes liwat 11.

Hakim Besar Malaya Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel hakim membacakan 30 halaman penghakiman.

Beliau berkata, bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan Perkara 128 tidak menyediakan mahkamah untuk menyemak semula keputusannya.

Mohamad Sabu turut hadir ke Mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar dan keluarga.Dengan keputusan ini, Anwar perlu kekal dalam penjara sehingga pertengahan 2018 melainkan mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agung.

Tiga hakim lain bersama beliau adalah Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang sepatutnya berada sebagai penal tidak turut serta kerana menghadiri perkebumian makciknya yang meninggal.

Anwar diwakili oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama Latheefa Koya dan N Surendran.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwa bersama DPP Ahmad Kamal Md Shahid, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.

Hadir di mahkamah adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga serta pemimpin pembangkang.

Antaranya Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Datuk Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR yang baru.

TAGS