Mahkamah Rayuan putuskan Seksyen 62 Akta SPRM terbatal

Mahkamah Rayuan putuskan Seksyen 62 Akta SPRM terbatal

Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah tidak berperlembagaan.

Seksyen 62 Akta SPRM memerlukan pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap pendakwaan yang dikemukan terhadapnya.

Seksyen tersebut juga memerlukan salinan dokumen-dokumen yang akan dikemukakan sebagai keterangan pembelaan diserahkan terlebih dahulu, sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah Rayuan hari ini mendapati bahawa peruntukan tersebut adalah bersalahan dengan Perenggan 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang kebebasan dan perlindungan setara di bawah undang-undang.

Justeru, perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang supaya Setiausaha Agung DAP itu untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum perbicaraan bermula diketepikan.

Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon sebelum ini memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Guan Eng dibicarakan atas tuduhan menerima suapan dari Phang. Beliau mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Lim dan Phang berkaitan tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

Seramai 60 saksi disenarai akan memberi keterangan.

TAGS