Mahkamah tolak permohonan Malaysiakini tukar hakim

Mahkamah tolak permohonan Malaysiakini tukar hakim

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penerbit portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua editornya gagal mendapat kebenaran merayu terhadap perintah Hakim Besar Malaya bagi seorang hakim Mahkamah Tinggi yang telah dipindahkan ke Seremban, mendengar saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak permohonan bagi kebenaran merayu dikemukakan Mkini Dotcom, ketua pengarang Steven Gan dan ketua editor Fathi Aris Omar.

Beliau berkata pemohon gagal memenuhi syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menetapkan perlu ada persoalan-persoalan baharu di sisi undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim juga mengarahkan portal berita itu membayar RM2,000 sebagai kos kepada plaintif.

Katanya, pelantikan dan arahan dari Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin untuk mendengar kes itu hanya bersifat pentadbiran.

Kamaludin berkata beliau tidak pernah mendengar kes itu berdasarkan merit dan beliau juga tidak pernah menjadi pengantara pertikaian tersebut.

Atas sebab itu, beliau tidak perlu menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Malaysiakini membuat permohonan supaya Kamaludin yang sebelum ini adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata.

Saman itu difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar, berhubung penerbitan dua artikel.

Ia berhubung kompilasi komen pembaca dalam dua artikel ‘Yoursay’ yang disiarkan pada 14 Mei, bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.

Kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Mei 2014 sebelum Zulkefli Ahmad memerintahkan Kamaludin yang berpindah ke Mahkamah Tinggi Seremban awal lalu, mendengar kes berkenaan.

Menurut Malaysiakini, Gan sebelum ini mencadangkan supaya perdana menteri dan Umno menyatakan pandangan mereka yang akan diterbitkan di laman web Malaysiakini dan bukan membawa prosiding fitnah terhadap organisasi media.

Tawaran ini ditolak oleh Najib dan Umno.

TAGS