Mahkamah tolak reman Zunar

Mahkamah tolak reman Zunar

 

Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengarahkan pihak polis menyelesaikan siasatan terhadap Zunar hari ini dan menolak permohonan reman ke atas beliau.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengarahkan pihak polis menyelesaikan siasatan terhadap Zunar hari ini.

Permintaan polis untuk menahan reman Zunar selama 4 hari ditolak.

Sekumpulan penyokong Umno menyerang Zunar ketika membuat pameran di Pulau Pinang tetapi Zunar yang kena dakwa.Zunar ditahan petang semalam dan kartun-kartunnya dirampas kerana mengadakan pameran di Komtar pada 25 November lalu dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno Pulau Pinang bertindak ala samseng menyerang Zunar dan merosakkan dua bahan lukisan Zunar.

Zunar diwakili Peguam Rsn Rayer, Ram Karpal dan Cheah Kah Peng.

Kata Ramkarpal, polis mengemukakan permohonan untuk menahan reman Zunar selama empat hari tetapi dibantah pihaknya.

Zunar dipanggil polis selepas sekumpulan penyokong Umno merempuh dan cuba memukul beliau yang sedang membuat pameran kartun di Pulau Pinang.

Selepas itu beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Hari ini beliau dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman tetapi ditolak.

TAGS