MAICCI gesa SPRM siasat kekayaan keluarga Mahathir

MAICCI gesa SPRM siasat kekayaan keluarga Mahathir

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India Malaysia (MAICC) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kekayaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya Tan Sri Dr K. Kenneth Eswaran berkata sudah tiba masanya untuk Dr Mahathir membersihkan dirinya dan menjelaskan kepada rakyat mengenai sumber kekayaan keluarganya.

Tindakan sewajarnya harus diambil jika berlaku sebarang penyelewengan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Eswaran mengulas komen Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menafikan yang beliau mempunyai RM1 bilion seperti dilaporkan dalam media (New Straits Times bertarikh 8 Okt).

Kenyataan Dr Mahathir dikeluaran menerusi laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat apabila beliau menafikan membayar RM1 bilion kepada penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

CATEGORIES
TAGS