Majlis Raja-raja perhalusi RUU MKN, bukan tolak – MPN

Majlis Raja-raja perhalusi RUU MKN, bukan tolak – MPN

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN)  yang akan diperhalusi  Majlis Raja-raja lebih bertujuan mengekalkan ‘status-quo’ institusi Diraja dan bukannya bertujuan menolak rang undang-undang itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor  Datuk Dr Radzuan Che Ros.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Radzuan Che RosRang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN)  yang akan diperhalusi  Majlis Raja-raja lebih bertujuan mengekalkan ‘status-quo’ institusi Diraja dan bukannya bertujuan menolak rang undang-undang itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor  Datuk Dr Radzuan Che Ros.

Beliau  berkata, rakyat dan pemimpin politik  perlu melihat keperluan menggubal RUU MKN itu bersandarkan kepada kepentingan dan keselamatan negara bukan  bertujuan penyalahgunaan kuasa di kalangan  eksekutif  dan legislatif  seperti  memberi kuasa mutlak kepada  seorang Perdana Menteri.

“Saya pasti  Majlis Raja-raja akan persembahkan ‘observation’ mereka yang lebih dilihat untuk mempertahankan institusi Diraja dan kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dalam konteks  pengubalan RUU MKN ini.

“Semua pihak sudah diberikan peluang untuk mengeluarkan hujah masing-masing sehingga RUU MKN ini dibahaskan di Parlimen di kalangan pemimpin politik semua parti.

“Kali ini kita perlu beri peluang  kepada Peguam Negara untuk mempersembahkan butiran terperinci berkaitan RUU MKN ini kepada Majlis Raja-raja untuk  menyatakan pendirian  institusi itu terhadap RUU MKN,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sesetengah pihak sebelum ini melahirkan kebimbangan bahawa RUU MKN jika diluluskan akan memberi kuasa yang luas kepada Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan atau ‘security area’.

Mengulas kebimbangan ini, Radzuan menjelaskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong  hanya  dalam pengiystiharan darurat  sahaja tetapi kawasan larangan diberi kuasa kepada Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ramai yang silap mentafsir  ‘kawasan  larangan itu bersamaan dengan pengisytiharan darurat’  membabitkan seorang Perdana Menteri. Tidak akan berlaku begitu dari sudut perundangan dan pelaksanaannya.

“Kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh digugat mengikut peruntukan sedia ada.

“Tidak akan berlaku situasi di mana  Perdana Menteri akan mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong iaitu untuk mengiystiharkan darurat tanpa merujuk kepada Majlis  Raja-raja dan diperkenankan Yang Dipertuan Agong,” jelasnya.

Beliau menjangkakan tidak akan berlaku penolakan RUU MKN oleh Majlis Raja-raja  dalam mesyuarat yang diadakan hari ini di Istana Negara.

“Tak sampai ke situ  (penolakan RUU MKN) hanya  bahagian-bahagian tertentu yang mungkin nak diperhalusi lagi,” ujarnya.

Semalam  dalam satu kenyataan rasmi, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad  berkata, Majlis Raja-raja menzahirkan  beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-240 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

TAGS