Malaysia digesa tandatangani konvensyen PBB terhadap pelarian, bela nasib Rohingya

Malaysia digesa tandatangani konvensyen PBB terhadap pelarian, bela nasib Rohingya

Pemuda Amanah menggesa untuk kerajaan Malaysia menandatangani Konvensyen UN terhadap pelarian (UNHCR) bagi menjamin hak kemanusiaan etnik Rohingya di negara ini.

Pemuda Amanah menggesa untuk kerajaan Malaysia menandatangani Konvensyen UN terhadap pelarian (UNHCR) bagi menjamin hak kemanusiaan etnik Rohingya di negara ini.

Ketuanya, Sany Hamzan berkata Status ‘pelarian UNHCR’ penting bagi memastikan pendidikan anak-anak Rohingya terjamin, tidak dilayan sebagai pendatang tanpa izin (PATI) serta berkemampuan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan lain-lain keperluan asas sepanjang berlindung di Malaysia.

Selain tekanan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi di Myanmar, beliau mahu negara-negara ASEAN berperanan segera memastikan reformasi di negara tersebut bergerak laju dan tangkas membela etnik Rohingya yang masih terus diserang secara terbuka oleh ekstrimis agama dan pelampau nasionalis.

“Sungguhpun diakui polisi ‘tidak masuk campur’ ASEAN terhadap politik domestik negara anggota mungkin menjadi faktor penghalang, negara-negara ASEAN tetap boleh mengusahakan kerangka perjanjian damai sebagaimana model Manila-Bangsamoro untuk mengakhiri konflik pertumpahan darah di negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam konteks Malaysia menurutnya, usaha konklusif perlu segera digerakkan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembelaan berterusan etnik Rohingya.

“Rakyat seluruh negara juga diseru menunaikan solat hajat beramai-ramai selepas solat Jumaat ini, khusus untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara seagama di sana.

Sebagai sebuah parti yang menjunjung misi “Rahmatan Lil Alamin”, Pemuda AMANAH sedang menggerakkan usaha antarabangsa bagi meredakan pertelingkahan agama dan kaum di Myanmar,” katanya.

Beliau yakin permusuhan atas nama agama dan kaum akhirnya akan ditunggang oleh politikus-politikus jahat untuk bertenggek di puncak kuasa secara curang dan tidak bertanggungjawab.

TAGS

COMMENTS