Malaysia kutuk serangan Davao akibatkan 12 maut, 60 cedera

Malaysia kutuk serangan Davao akibatkan 12 maut, 60 cedera

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Malaysia mengutuk sekeras – kerasnya serangan bom di Davao City pada 2 September 2016 yang telah mengorbankan nyawa dan menyebabkan kecederaan, serta kerosakan harta benda.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah yang sedalam – dalamnya kepada Kerajaan dan rakyat Republik Filipina serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut. Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia di Republik Filipina supaya berhati – hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di alamat berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Filipina 107 Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati City Republic of the Philippines Tel.: 00 (632) 662 8200 / 00 (63) 917 864 0761 (after working hours) Fax: 00 (632) 662 8202 Email: mwmanila@kln.gov.my

Konsulat Jeneral Malaysia Davao City 3rd Floor, Florentine Building A. Bonifacio Street 8000 Davao City Tel.: 00 6382 222 1369 / 221 4050 / 222 1368 / 00 (63) 927 392 4635 (selepas waktu pejabat) Fax: 00 6382 221 4014 Email: mwdavao@kln.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Azreey Abu Kasim Penolong Pengarah Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri Malaysia Emel : azreey@kln.gov.my

Dalam perkembangan sebelum ini, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa satu insiden letupan telah berlaku di Roxas Street, Davao City, Filipina pada hari Jumaat, 2 September 2016 jam 10.20 malam.

Seramai 12 orang dilaporkan terbunuh dalam insiden ini manakala 60 orang dilaporkan tercedera. Mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke hospital-hospital berdekatan untuk menerima rawatan. Sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden ini.

Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City akan terus memantau perkembangan terkini insiden tersebut.

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar Davao City dan memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City melalui butiran seperti di bawah:

KONSULAT JENERAL MALAYSIA, DAVAO CITY 3rd Floor, Florentine Building A. Bonifacio Street 8000 Davao City

Tel : (+6382) 222 1369 / 221 4050 / 222 1368 E-mel : mwdavao@kln.gov.my

WISMA PUTRA : 03-8887 4570 (24 jam)

SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Azreey Abu Kasim Penolong Pengarah Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri Malaysia Emel : azreey@kln.gov.my

–BERNAMA

TAGS