Malaysia kutuk serangan pengebom berani mati di Yemen

Malaysia kutuk serangan pengebom berani mati di Yemen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan Malaysia mengutuk serangan pengebom berani mati yang berlaku di luar kem tentera di daerah Khor Maksar, Aden pada 18 Disember 2016, yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 orang yang lain.

“Malaysia merakam ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Yemen serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut,” kata Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini.

Malaysia menganggap serangan tersebut sebagai tindakan kejam keganasan dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yemen dari masa ke semasa.

TAGS