Malulah MCA kerjasama dengan Najib, kata Tun M

Malulah MCA kerjasama dengan Najib, kata Tun M

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap Presiden MCA yang tidak malu untuk bekerjasama dengan seorang pemimpin kleptokrasi seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam tulisan di blognya hari ini Dr Mahathir berkata, MCA tidak perlu bercakap soal kerjasama beliau dengan DAP sedangkan MCA hanya parti rasis bagi Najib-Umno sekarang.

“”MCA tidak perlu bercakap tentang prinsip kerana ia hanya parti oportunis. Ia bukan MCA (yang diasaskan oleh) Tan Cheng Lock.

“Ia hanya sampingan bagi parti rasis Umno Najib sekarang… malulah MCA,” katanya.

Dr Mahathir berkata MCA bekerjasama dengan seorang kleptokrasi yang mencuri berbilion ringgi menunjukkan teruknya prinsip dipegang MCA.

” Adakah MCA sedar apa yang telah dilakukan Najib kepada Umno, BN dan negara? Jika tidak, saya ingin memberitahu kepadanya bahawa di bawah Najib Malaysia telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada 10 negara sepuluh paling korup di dunia.

“Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melaporkan bahawa Najib sebagai ‘Malaysian Official 1″ (seperti yang disahkan oleh Menteri Kabinet Datuk Abdul Rahman Dahlan), telah mencuri berbilion ringgit wang rakyat Malaysia, dan RM2.6 bilion dimasukkan akaun peribadi Najib,” ujarnya.

Pengerusi PPBM itu juga mengingatkan MCA bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang menyokong semua peruntukan Perlembagaan negara, hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Katanya lagi, sambutan ulang tahun DAP ke-50 parti itu menjalankan acaranya mengunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan.

“Sekarang Najib menganggap pertandingan adalah antara Umno dan DAP. Ini bermakna Najib percaya kepada perkauman kerana kepadanya politik Malaysia adalah mengenai bangsa Melayu berbanding Cina. Untuk itu dia telah melakarkan semula sempadan perlembagaan untuk memisahkan orang Melayu ddengan orang Cina.

“Mungkin prinsip ini sesuai dengan MCA sebagai parti Cina. DAP adalah parti berbilang kaum yang menyokong semua peruntukan Perlembagaan

“Setiausaha Agung DAP secara mutlak menyatakan dalam ucapannya bahawa DAP tidak pernah meminta untuk mempunyai seorang Perdana Menteri Cina bagi menjawab tuntutan Najib bahawa jika DAP menang pilihan raya akan datang Kitiang akan pilihan DAP bukan Anwar Ibrahim, yang bukan Cina.

“MCA jelas menyokong mainan perkauman Najib dengan mengatakan bahawa jika Umno kalah kepada DAP, akan ada seorang Cina sebagai PM. atau mungkin MCA hanya mahu bodek Najib dengan prinsip terkutuk itu,: ujarnya.

TAGS