Mangsa banjir di Kedah meningkat

Hujan lebat kini melanda utara Semenanjung.

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 8 malam tadi meningkat kepada 84 orang berbanding 77 orang petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Kota Setar, membabitkan 21 keluarga.

Tiga puluh enam mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Syakirin, Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar pula menempatkan 41 mangsa daripada 10 keluarga dan 17 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.

Jumlah itu meningkat berikutan hujan kira-kira 5 petang semalam.

CATEGORIES