Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini

Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 798 mangsa daripada 212 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan membabitkan empat daerah di negeri ini.

Ia meningkat berbanding 355 mangsa setakat 10 malam tadi susulan hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan rendah kembali dinaiki air awal pagi ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi InfoBanjir, daerah Besut mencatatkan jumlah tertinggi dengan 474 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Di Hulu Terengganu pula seramai 210 mangsa kini berada di tiga pusat pemindahan diikuti Dungun (84 mangsa) dan Marang (30 mangsa).

Pemindahan juga membabitkan penduduk di beberapa kawasan di Kemaman yang masih dalam proses berpindah ke pusat pemindahan banjir berdekatan.

TAGS