Maria Chin ditahan di Sabah ketika edar risalah Bersih

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan polis di Sabah hari ini.

Menurut akaun rasmi facebook Bersih, Maria ditahan kerana mengedarkan risalah berkenaan di Langkon, Kota Marudu.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat.

“Polis turut mengancam untuk menangkap mereka yang mengambil risalah Bersih,” kata Bersih.

Beberapa aktivis berkumpul di luar balai polis bagi menunjukkan solidariti untuk Maria yang tidak dibenarkan ditemani sesiapa.

Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.

Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut.

TAGS