Maria mahu Jamal mohon maaf dalam tempoh 48 jam atau saman

Maria mahu Jamal mohon maaf dalam tempoh 48 jam atau saman

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menghantar surat tuntutan kepada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos supaya memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.

Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Peguam Maria Melissa Sasidaran dipetik berkata firma Daim & Gamany mengeluarkan surat itu dan ia difakskan ke pejabat Jamal semalam.

“Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa anak guam kami adalah pengerusi jawatankuasa pemandu Bersih2.0 dan penganjur Bersih 5.

“Kenyataan-kenyataan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah. Kenyataan fitnah dikira untuk memperlekehkan reputasi pelanggan kami dan cubaan terang-terangan untuk mengelirukan orang ramai mengenai perkara kepentingan negara,” kata peguam itu seperti dilapor Malaysiakini.

Berikutan itu, Melissa mahu Jamal menarik balik sepenuhnya kenyataan beliau dan meminta maaf kepada Maria.

“Dia juga perlu menyediakan satu aku janji bertulis untuk tidak menyiarkan lagi sebarang kenyataan fitnah,” katanya dalam surat dua halaman itu.

Jika Jamal tidak mematuhinya dalam masa 48 jam, ia akan menyebabkan tindakan undang-undang dimulakan, kata Melissa.

Jamal yang juga pemimpin kumpulan baju merah membuat dakwaan demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada 28 September dan diikuti semalam dengan laporan polis di Bukit Aman.

TAGS