Maria Chin terima sepucuk surat amaran dan sebutir peluru

Maria Chin terima sepucuk surat amaran dan sebutir peluru

Setelah 24 jam dibebaskan dari tahanan, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dikejutkan dengan sepucuk surat yang mengugut  dan disertakan sekali dengan sebutir peluru.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setelah 24 jam dibebaskan dari tahanan, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dikejutkan dengan sepucuk surat yang mengugut  dan disertakan sekali dengan sebutir peluru.

Tertulis di atas  surat tersebut :”Last warning if not Marina & Family RIP (Amaran terakhir jika tidak Marina & Keluarga bersemadi dengans aman), demikian menurut surat tersebut. Walaupun individu itu menulisnya sebagai “Marina” bukannya Maria.

Surat itu adalah antara beberapa surat lain yang dikirimkan kepada beliau dalam tempoh 10 hari yang lalu.

Setelah membuka salah satu daripadanya, beliau menjumpai sepucuk surat ancaman dan sebutir peluru dari pistol jenis 45.

Dalam sidang medianya Maria berkata, beliau mendapat sampul surat berkenaan pagi ini.

Beliau percaya sampul surat itu dihantar oleh individu tersebut ke rumahnya pada 18 November yang lalu ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Tindakan seperti ini perlu dikutuk dan mereka yang melakukannya perlu disumbat ke dalam penjara.

“Saya berharap akan ada tindakan diambil oleh pihak polis untuk menangkap mereka yang menghantar ancaman seperti ini,” katanya.

TAGS