Mat Sabu tidak faham kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih 5

Mat Sabu tidak faham kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih 5

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak faham terhadap perubahan pendirian Pas yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 pada November depan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak faham terhadap perubahan pendirian Pas yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 pada November depan.

Mohamad berkata, sewaktu beliau menjadi timbalan presiden Pas, beliau dilantik untuk menghimpunkan rakyat bagi menyertai himpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Bersih adalah anak saya dan semua pemimpin Pas hadir dan perubahan pendirian mereka itu saya tidak faham.

“Masa itu surat khabar Harakah isytihar semua ahli Pas kena hadir dalam himpunan Bersih jadi kenapa mereka buat perubahan kena tanya pihak mereka.

“Saya waktu itu timbalan presiden Pas adalah komander Bersih dan saya dilantik mobilisasi demokrasi antaranya untuk menyemarakkan fikiran rakyat untuk dapat pilihan raya adil.

“Biarlah mereka menjelaskan kenapa mereka buat perubahan (pendirian),” katanya kepada pemberita selepas satu sidang media di ibu negara hari ini.

Pas sebelum ini menegaskan parti itu tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan sebaliknya berkata parti itu akan menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sementara itu, bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah dalam ucapannya di Shah Alam Ahad lalu berkata, ahli Pas wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 kerana ia adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai Bersih pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.

“Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan,” kata Husam seperti dipetik Malaysiakini.

TAGS