Maybank dilantik pengatur utama projek pembinaan US$219 Juta

Maybank dilantik pengatur utama projek pembinaan US$219 Juta

Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank, dilantik sebagai pengatur utama bersama dengan Warba Bank of Kuwait bagi pembinaan menara kediaman mewah di New York bernilai US$219 juta (US$1=RM4.12).

 Ketua Kumpulan Perbankan Global Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata projek pembiayaan pertama patuh Syariah Maybank itu akan digunakan untuk pembinaan kondominium Tribeca setinggi 43 tingkat di Manhattan, yang dimajukan oleh Soho Properties.

 “Maybank dilantik sebagai pengurus utama bersama dengan Warba Bank of Kuwait dalam sindiket projek menara keluli dan kaca setinggi 202 meter yang bermula pada pertengahan tahun ini dan dijadual siap pada 2018.

CATEGORIES

COMMENTS