Maybank Islamic & CIMB Islamic lelong bon Islam USD1.11 bilion

Maybank Islamic & CIMB Islamic lelong bon Islam USD1.11 bilion

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) telah menjalankan lelongan US$1.11 bilion (RM4.63 bilion) sukuk bertempoh tiga bulan yang berharga pada 1.35389 peratus kadar keuntungan.

IILM dalam satu kenyataan, 11 pengedar utama yang mengambil bahagian dalam penawaran Sukuk itu adalah Abu Dhabi Islamic Bank, Al Baraka Turk, Barwa Bank, Boubyan Bank, CIMB Islamic Bank Bhd, Kuwait Finance House, Maybank Islam Bhd, National Bank of Abu Dhabi, Qatar Islamic Bank, Qatar National Bank dan Standard Chartered Bank.

Sukuk IILM ditarafkan sebagai A-1 oleh Standard & Rating Services dan siri ke-29 ini membawa jumlah terkumpul Sukuk IILM yang diterbitkan dan diterbitkan semula kepada US$21.14 bilion (RM88.14 bilion).

CATEGORIES
TAGS