Mazlan buat laporan polis terhadap Najib, Mohd Isa, tiga individu

Mazlan buat laporan polis terhadap Najib, Mohd Isa, tiga individu

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menamakan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Mohd Isa dan tiga lagi individu dalam laporan polis berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mengenai kerugian jutaan ringgit membabitkan Felda dan syarikat subsidiarinya.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mazlan AlimanPresiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menamakan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Mohd Isa dan dua lagi individu dalam laporan polis berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mengenai kerugian jutaan ringgit membabitkan Felda dan syarikat subsidiarinya.

Selain  menamakan Datuk Seri Mohd Najib Razak (Perdana Menteri) dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Pengerusi Felda) turut disenaraikan Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Hanapi Suhada (Pengarah Besar Felda) dan: Datuk Faizoull Ahmad (bekas Pengarah Besar Felda).

Laporan polis dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Johor Baharu hari ini.

Menurut Mazlan, Laporan Ketua Audit Negara 2015 itu menimbulkan keresahan kebimbangan mengenai perjalanan dan urus tadbir Felda dari persepsi umum.

Laporan itu mendakwa ia adalah kepincangan salah urus dan penyelewengan yang dilakukan oleh pengurusan Felda.

Justeru Mazlan mendesak pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan Laporan Ketua Audit Negara itu mengenai isu-isu utama dalam Felda.

‘Pihak polis mesti mengambil tindakan sewajarnya jika ada asas dan bukti pembabitan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam Laporan Ketua Audit Negara itu,” ujarnya.

Beliau turut melampirkan salinan Laporan Ketua Audit Negara kepada pihak polis sebagai rujukan dalam penyiasatan dilakukan kelak.

Turut hadir Tosrin Jarvanthi (Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Mohd Said Jonid (bekas pengarah eksekutif Felda Plantation), Onn Jaafar (Ketua Komunikasi Amanah Johor), Zabidi Abas (Ketua Biro Felda PKR Johor) dan wakil-wakil peneroka.

Sebelum ini, Felda dilaporkan mengalami kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data Light Detection and Ranging (LiDAR), projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Dalam laporan itu, turut menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Semalam Mohd Isa dalam kenyataan rasmi turut mengakui terdapat pelaksanaan dan perjalanan operasi syarikat subsidiari tidak dilaporkan serta tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah syarikat subsidiari serta Lembaga Felda.

Ini menyebabkan berlakunya ketidak patuhan dan perlanggaran tataurus syarikat dan peraturan-peraturan Felda.

TAGS