MB Johor terus mahu berbohong

MB Johor terus mahu berbohong

AMANAH Negeri Johor mempertikai kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini bahawa Johor telah mencapai tahap ‘sifar miskin’.

Pengerusi  AMANAH Negeri Johor,  Aminolhuda Hassan (foto) yang juga Aminolhuda Hassan 4Adun Parit Yaani  turut mempersoalkan kaedah yang digunakan Menteri Besar bagi mengukur tahap kemiskinan di negeri itu yang disifatkan jauh daripada realiti.

“Saya menafikan Johor ini sifar miskin kerana kita boleh lihat sendiri masih wujud penerima-penerima zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor yang sememangnya kebanyakkan mereka yakni penerima zakat tersebut adalah dari mereka yang kurang berkemampuan atau miskin.

“Saya turut menyenaraikan penerima-penerima zakat yang ada di Johor ini boleh dikatakan lebih seribu penerima bagi setiap daerah dan bagaimana Menteri Besar Khaled boleh menafikan akan hal ini.

“Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Besar di dalam sidang DUN itu adalah berkenaan dengan miskin tegar melalui sistem yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri dalam sistem E-Kasih,” jelas YB Haji Aminolhuda Haji Hassan.

{loadposition myposition} Aminolhuda menambah lagi, suatu yang tidak masuk sekiranya melalui sistem E-Kasih itu membuatkan penerima itu sudah terlepas dari tahap kemiskinan tegar kerana sistem yang diperkenalkan itu hanya membantu dari sudut air percuma dan beberapa sumbangan sahaja.

“Tak mungkin dengan wujudnya E-Kasih ini membuatkan penerima yang tergolong dalam miskin tegar itu terlepas dalam permasalahan mereka dan ini adalah suatu yang tidak munasabah bila seorang Menteri Besar mengambil contoh sedemikian.

“Saya ingin menjelaskan dari bantuan E-Kasih itu bermakna masih ada lagi orang-orang miskin yang wujud di negeri ini jika tidak sistem ini pastinya sudah tidak ada penerima bantuan.

“Saya melihat ini hanya kenyataan politik yang sengaja diwar-warkan agar orang ramai merasakan kerajaan begitu mengambil berat akan keadaan kemiskinan sedangkan pihak kerajaan hari ini dilihat banyak berlepas tangan dalam isu masalah kemiskinan contohnya dalam isu Rumah Mampu Milik Rakyat Johor (RMMJ) yang diberikan kouta kepada mereka yang mendapatkannya di bawah Kouta Menegakkan Kerajaan (KMK),” ujar beliau lagi sewaktu ditemui.

Dalam rekod sebelum ini, parti AMANAH telah membawa kes berkenaan dengan Kouta Menegakkan Kerajaan ini ke peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat wujudnya penyelewengan dalam isu mendapat rumah RMMJ yang dikatakan hanya berpihak kepada mereka yang menyokong pihak kerajaan sahaja.

CATEGORIES