MB Kelantan dicadangkan pecat seorang exconya kerana cakap bohong

MB Kelantan dicadangkan pecat seorang exconya kerana cakap bohong

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemilik tanah yang menjadi tapak bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Salor, Rosli Ibrahim mencadangkan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub memecat salah seorang exconya kerana bercakap bohong.

“Pecatlah Datuk Mat (MB Kelantan), malu kepada orang exco macam ni,” kata Rosli merujuk seorang exco kerajaan negeri Kelantan yang mendakwa tanah tapak bangunan pusat khidmat Dun Salor itu adalah milik kerajaan negeri.

Menurut Rosli, bekas setiausaha Semangat 46 Kelantan itu, tanah tapak bangunan pejabat itu beliau beli dengan harga RM5,800 dari seorang bernama Minah binti Musa.

Kemudian beliau memberikan tanah itu atas nama isterinya Haripah binti Dollah.

“Memanglah milik ‘pah’. Tetapi bukan ‘pas’,” kata Rosli dalam ceramahnya di perkarangan pejabat Adun Salor itu.

Rosli berkata, beliau kemudiannya menyerahkan tapak itu kepada Datuk Husam Musa untuk dibina bangunan yang ada sekarang.

Sehubungan itu, Rosli meminta semua pihak tidak lagi membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap tapak tanah tersebut.

“Kalau ada yang buat dakwaan lagi, siaplah,” kata Rosli yang memberikan amaran agar dakwaan liar tidak lagi dibuat ke atas tanah itu.

TAGS