MB  Selangor mahu pimpinan negeri kerja keras 2017

MB Selangor mahu pimpinan negeri kerja keras 2017

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak pimpinan di negeri itu untuk bekerja lebih keras ke arah kerajaan bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik, sempena melangkah ke tahun baru 2017.

Dalam laman twitternya, Mohamed Azmin berkata semangat baru itu bagi menjadikan Malaysia lebih baik sekaligus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di negara ini.

“Mari kita bergerak ke hadapan ke dalam 2017 dengan semangat baru dan keyakinan untuk Malaysia yang lebih baik.

“Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik sekaligus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik,” katanya.

Beliau berkata ia meliputi sebuah kerajaan yang membawa kestabilan, kemakmuran dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia.

TAGS