Media asing lapor dana RM2.08 bilion sekat pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia

Media asing lapor dana RM2.08 bilion sekat pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia

Sumbangan dana RM2.08bilion (AS$681juta) oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertujuan untuk menyekat pengaruh kumpulan Ikhwanul Muslimin di rantau ini lapor BBC News hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sumbangan dana RM2.08bilion (AS$681juta) oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertujuan untuk menyekat pengaruh kumpulan Ikhwanul Muslimin di rantau ini lapor BBC News hari ini.

Sumber dari Arab Saudi yang diperoleh BBC mendakwa, sumbangan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan Riyadh mengenai pengaruh Ikhwanul Muslimin.

“Pada masa itu, pakatan pembangkang Malaysia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diasaskan dan diilhamkan dikalangan pengikut Ikhwanul Muslimin, walaupun terdapat sedikit bukti Ikhwanul Muslimin sebenarnya mempunyai banyak sokongan di Malaysia,” kata sumber dari Arab itu.

Sumbangan dana yang dirahsiakan kepada Najib melalui pemindahan talian terus berlaku akhir Mac 2013 dan awal April 2013 ketika hampir menjelangnya Pilihanraya Umum pada 5 Mei 2013.

Dana RM2.8bilion itu disumbangkan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz menggunakan kewangaan peribadi dan negara. -Foto AFPSumber Arab itu berkata, untuk menjaga hubungan baik pihak penderma telah meminta untuk tidak disebutkan namanya, dan pembayaran itu dibenarkan oleh Raja Arab Saudi ketika itu Almarhum Raja Abdullah- dengan dana dari sumber kewangan peribadi dan wang negara.

Tujuan sumbangan itu adalah mudah, kata sumber Arab itu lagi, ia adalah bagi membantu Najib dan BN untuk memenangi pilihan raya, membayar gaji pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti.

Tetapi mengapa Arab Saudi perlu mengambil berat tentang pilihan raya di Malaysia bukanya negara-negara Arab? Soal BBC kepada sumber itu lagi. Jawapannya, kata sumber itu, ini kerana kebimbangan Arab Saudi tentang kebangkitan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas.

Semalam Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Perdana Menteri berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd dan dakwaan dana RM2.6 bilion.

Beliau berkata keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah AS$681juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

TAGS