Media kerajaan ambil peluang burukkan MB, Exco Selangor isu air

Media kerajaan ambil peluang burukkan MB, Exco Selangor isu air

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) seharusnya membantu menyelesaikan masalah air di Selangor, bukan bersikap lepas tangan dan membuat kenyataan yang megelirukan orang ramai," kata Ahli Jawatankuasa Air Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) seharusnya membantu menyelesaikan masalah air di Selangor, bukan bersikap lepas tangan dan membuat kenyataan yang megelirukan orang ramai,” kata Ahli Jawatankuasa Air Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

“Ada yang tidak kena kalau agensi mahu ‘mempolitikkan’ isu yang menyinggung kemaslahatan rakyat dan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi SPAN Datuk Liang Teck Meng Isnin lalu mengeluarkan arahan kepada syarikat air agar tidak menjalankan kerja senggaraan yang boleh mengakibatkan gangguan berskala besar seminggu sebelum dan selepas perayaan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata kerajaan negeri membenarkan kerja selenggaraan diteruskan selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi amaran ia tidak lagi boleh ditangguh.

Menurut Dzulkifly, kerajaan melalui media arus perdana mengambil peluang memburuk-burukkan kerajaan Selangor dalam isu ini.

“Seperti yang diduga peluang memburuk-burukkan kerajaan Selangor terpapar di hampir kesemua media arus perdana. Kerajaan Selangor dibidas kerana kononnya lambat menyelesaikan masalah air di Selangor.

“Berita yang terpapar di akhbar arus perdana jelas digunakan olih Umno-BN untuk memburukkan Menteri Besar dan Exconya yang kononnya tiada perancangan.

“Sebagai contoh di Utusan, antara lainnya: “apabila timbul isu bekalan elektrik sekarang, Syabas baru rancang kaji naik taraf janakuasa kedua-dua loji-loji rawatan airnya”. Ini adalah nyata pembohongan,” katanya.

Jelasnya, tidak timbul kerajaan Selangor lambat mengambil tindakan kerana Loji SSP 1, 2 dan 3, dilengkapi dengan ‘standby genset’ berkapasiti 5 Megawatt dengan bekalan voltan 3.3KV dan boleh menghasilkan sekitar 60% kapasiti.

“Dengan itu, semasa kerja penyenggaraan yang wajib dibuat untuk selama 16 jam itu, loji akan mengaktifkan genset. Namun masih wujud ‘kekurangan’ atau ‘shortfall’ sekitar 820 MLD sahaja,” jelasnya.

Beliau juga berkata, atas tindakan segera pihak kerajaan negeri dan menteri besar untuk mengaktifkan fasiliti ‘standby’ tersebut, kemelut atau krisis digembar-gemburkan media penguasa politik telah dapat dielakkan.

“Maklumat yang boleh dipercayai mengesahkan 90% dari ‘shortfall’ tersebut telah dapat diatasi dan hanya tinggal 10% yang diharapkan dapat dipulih seluruhnya esok hari.

“Tidak timbul MB lambat dalam mengambil tindakan untuk ‘upgrade’ kekuatan genset kerana ianya adalah mengikut SOP dan peningkatan kekuatan genset tidak berada dalam keperluan mendesak,” katanya yang juga pengarah strategi Parti Amanah Negara (Amanah).

Dijangka 3.9 juta isi rumah dan perniagaan di Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula Isnin lalu.

Ia susulan kerja senggaraan Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badok – yang membekalkan elektrik kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor – bagi mengelakkan kerosakan pada peralatan dan gangguan yang lebih serius di masa depan.

 

TAGS