Media kita tidak merdeka?

Media kita tidak merdeka?

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rata-rata ahli panel Wacana Sinar Harian petang ini meletakkan penarafan media sekadar paling tinggi dengan nilaian empat daripada 10 mata.

Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar hanya memberikan penarafan tiga atau empat mata ketika ditanya pada permulaan wacana.

“Kemerdekaan itu sendiri satu persoalan,” bidasnya ketika ditanya moderator, Amin Idris.

Berbanding aktivis media, Gayathry meletakkan penarafan empat mata pada kemerdekaan media.

“Saya masih ada harapan untuk wartawan,” katanya dalam wacana berlangsung di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam.

Berbeza dengan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin pula, beliau tegas menyatakan tidak percaya pada penarafan.

“Kita tidak maksimumkan potensi media. Saya tidak mahu bagi ‘ratings’ berapa. Saya berada dalam situ untuk tempoh yang lama,” ujarnya lagi.

Terdahulu, buku tulisan bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman bertajuk “Lorong Sunyi Media Bebas” dilancarkan oleh Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) melancarkan buku tulisan bekas Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

 

TAGS