Melayu Halimah bukan sekadar kebetulan

Melayu Halimah bukan sekadar kebetulan

 

AMANAH menganggap perlantikan Presiden baharu Singapura Halimah Yacob bukan sekadar mengisi kuota sebaliknya sebuah perjuangan yang dilalui orang Melayu Singapura.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, secara kebetulan Halimah sebagai seorang Melayu Islam tetapi lebih dari itu adalah suatu keyakinan yang terbina di atas sebuah perjuangan yang dilalui orang Melayu Singapura yang kini muncul dengan cemerlang dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan Melayu itu sendiri.

“Bagi AMANAH, selayaknya beliau menerima pengiktirafan sebagai mewakili Melayu Singapura abad ini.

“Kita berharap dengan imej Melayu Islam dan bertudung ini bukan sekadar mengangkat Melayu Singapura tetapi juga boleh mewakili kelompok Melayu di rantau Nusantara yang sering kali dipandang serong khususnya oleh pihak Barat,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Halimah.

“AMANAH turut mengucapkan tahniah di atas pelatikan Halimah Yacob secara rasmi sebagai Presiden Singapura. AMANAH turut menumpang bangga di atas perlantikan beliau yang juga merupakan wanita dan Melayu Islam pertama dilantik ke jawatan itu,” ujarnya

Halimah Yacob bekas Speaker Parlimen,Halimah Yacob secara rasmi terpilih sebagai Presiden.

Beliau adalah wanita pertama pegang jawatan itu dan orang Melayu kedua selepas Yusof Ishak menjadi Presiden dari tahun 1965 hingga 1970.

Beliau akan angkat sumpah jawatan esok Khamis.

Halimah terpilih untuk jawatan itu selepas jabatan pemilihan Singapura isytihar beliau calon tunggal yang layak berbanding empat calon lain.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS