Melayu hanya keliru dengan dakyah dominasi DAP, kata penulis

Melayu hanya keliru dengan dakyah dominasi DAP, kata penulis

Penulis politik, Ahmad Lutfi Othman berkata, proses peralihan kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan dan gabungan mereka tidak terbantut hanya kerana orang Melayu bimbang dengan dominasi DAP yang sedang dicadangkan oleh Umno dan Pas.

Bagi beliau, dakyah ini hanya termakan kerana orang Melayu keliru dengan dakwaan ini dan ia boleh dibaiki dengan sedikit masa.

“Saya tidak rasa proses peralihan kerajaan itu terbantut hanya disebabkan orang Melayu bimbang dengan “dominasi” DAP, yang mungkin dilihat sebagai “abang besar” dalam barisan pembangkang.

“Ia memerlukan sedikit masa lagi, serta mesti diiringi dengan projek intensif mencerdaskan minda politik Melayu yang sebahagiannya agak keliru,” kata beliau dalam satu tulisannya.

Klik untuk ikuti tulisan penuh beliau di sini.

TAGS

COMMENTS