Membalak di rizab sungai, musnahkan kubur Orang Asli

Membalak di rizab sungai, musnahkan kubur Orang Asli

Kerakusan syarikat pembalak di hulu Kelantan terbukti apabila berlakunya penebangan yang melanggar sempadan ditetapkan Jabatan Perhutanan sehingga menghapuskan kawasan perkuburan Orang Asli.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerakusan syarikat pembalak di hulu Kelantan terbukti apabila berlakunya penebangan yang melanggar sempadan ditetapkan Jabatan Perhutanan sehingga menghapuskan kawasan perkuburan Orang Asli.

Tinjauan Malaysia Dateline kelmarin bersama-sama R Malaysia dan beberapa NGO alam sekitar mendapati aktiviti pembalakan berhampiran Sungai Jawai dilihat berlaku secara tidak terkawal apabila menceroboh rizab sungai tersebut.

Sisa-sisa kayu balak sehingga berdiameter satu meter dapat dilihat jelas di kawasan Rondong itu yang turut memuatkan kubur Adik A/L Tengah dari Pos Gob.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yang turut serta dalam siasatan itu menyifatkan kerja-kerja membalak berjarak kurang 50 meter dari sungai itu jelas melanggar syarat dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.

Presidennya, Hafizzuddin Nasarudin berkata, aktiviti pembalakan tidak lestari yang menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan seperti berlaku di Gua Musang itu mencemarkan kualiti sungai yang juga menjadi sumber air bagi Orang Asli.
 
Presiden KUASA, Hafizzuddin Nasarudin bersama seorang penduduk Orang Asli menunjukkan kerja-kerja membalak yang menceroboh rizab Sungai Jawai.

“Kita boleh lihat di sini zon penampan dilanggar. Ini bukti wujudnya kelemahan pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan negeri walaupun  dasar berkaitan sudah sedia termaktub.

“Kesannya bukan sahaja kena pada Orang Asli bahkan sampai kepada penduduk di Kota Bharu apabila bekalan air diperoleh tidak bersih.  Sebab  itu isu ‘air teh tarik’ atau air keruh di Kelantan satu masalah besar yang tidak pernah selesai.

“Saya rasa inilah punca  utama. Kami dari kumpulan NGO tidak menolak pembangunan tetapi biarlah berjalan secara lestari yang maksudnya melakukan pembalakan terpilih bukannya pembalakan ‘cuci mangkuk’ atau tebang habis,” tegasnya lagi kepada Malaysia Dateline.

TAGS