Mesej jelas Pas kepada Pakatan Harapan

Mesej jelas Pas kepada Pakatan Harapan

Sejak Pakatan Harapan ditubuhkan pada september 2015, tanda tanya mengenai kedudukan Pas dalam gabungan ini sentiasa menjadi persoalan, Pas dari awal sememangnya sudah menolak sebarang kerjasama politik dengan AMANAH dan DAP namun masih mengekalkan kerjasama mereka dengan PKR.

Seruan dan ajakan dari parti kompenan Pakatan Harapan kepada Pas untuk menjalin kerjasama politik sentiasa berterusan, walaupun banyak perkara yang tidak mampu dipersetujui secara bersama namun kesediaan parti parti dalam Pakatan Harapan untuk menerima Pas itu ada. Mereka percaya bahawa kerjasama politik semua parti pembangkang diperlukan untuk menewaskan Umno Bn pada pru 14 akan datang.

Namun pada masa yang sama, Pas mengulangi ketegasannya untuk tidak menerima AMANAH dan DAP sebagai sekutu politik, Pas mendakwa DAP adalah parti yang menentang perjuangan islam yang kononnya dibawa oleh Pas manakala AMANAH pula sehingga sekarang dianggap sebagai pengkhianat Pas.

Satu satunya yang menjadi orang tengah diantara parti pembangkang lain dengan Pas adalah PKR yang walaupun secara tidak rasminya Pakatan Rakyat sudah terkubur, namun kerjasama lama antara Pas dan PKR masih lagi dikekalkan, kerajaan negeri Selangor masih tidak secara rasmi mengumumkan mereka adalah kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya disebut hanya sebagai “Kerajaan Pakatan”.

Namun, apabila Pas baru baru ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Permatang Pauh, kerusi tradisi Anwar Ibrahim yang dimenanginya sejak kali pertama menyertai pilihan raya, dan menjadi simbol kegagahan dan keutuhan PKR, secara tidak langsung ia merupakan satu isyarat, atau mesej yang jelas kepada PKR dan Pakatan Harapan umumnya, bahawa Pas tidak lagi akan mempunyai sebarang kerjasama politik dengan PKR pada pilihan raya yang akan datang.

Tidak lama selepas pengistiharan ini, Pas Kuantan juga telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR Kuantan dalam pilihan raya yang akan datang kerana mendakwa komen komen di media Facebook wakil rakyat parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dakwa mereka telah mengkritik pemimpin mereka. Disemak kembali sememangnya jelas bahawa Fuziah terlalu kerap mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak terutamanya selepas perhimpunan solidiriti Rohingya baru baru ini yang dikatakan tidak kena pada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kemuncak mesej Pas bahawa mereka tidak lagi akan bekerjasama dengan PKR
ada pilihan raya akan datang, sebelum itu pun telah wujud kenyataan sama yang membelakangkan PKR umpamanya pengumuman untuk bertanding di semua kerusi Dun di Negeri Terengganu walaupun sebelum ini PKR turut bertanding sebanyak 6 kerusi.

Sehubungan itu, kenyataan atau sebarang niat untuk menunggu sehingga akhir tahun ini keputusan sebenar Pas adalah tidak baik untuk perancangan strategik Pakatan Harapan, segala perbincangan yang mungkin tertangguh kerana Pas harus diteruskan segera termasuklah bab pembahagian kerusi baru antara AMANAH,PKR,DAP, dan BERSATU kerana Pas telah jelas menyampaikan isyarat mereka bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang dalam Pakatan Harapan pada Pru14 termasuklah PKR.

Tanpa Pas bermakna Pakatan Harapan mempunyai kekosongan pada 73 kerusi parlimen dan 236 kerusi dun yang dahulunya ditandingi Pas. Kekosongan ini harus diisi segera memandangkan pilihan raya umum ke 14 mungkin boleh berlangsung seawal tahun depan (2017).

CATEGORIES
TAGS