Mesyuarat Orang Asli dengan kerajaan Kelantan gagal capai kata sepakat

Mesyuarat Orang Asli dengan kerajaan Kelantan gagal capai kata sepakat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mesyuarat antara Orang Asli dengan kerajaan negeri Kelantan petang semalam gagal mencapai kata sepakat.

Ekoran itu Orang Asli akan meneruskan sekatan yang mereka buat bahkan akan membuat satu lagi sekatan di tempat baru.

Menurut wakil Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOK), Muatafa Along, mereka akan membuat sekatan baru itu ekoran kelulusan 1000 ekar lagi diberikan untuk pembalakan di Gua Musang iaitu Kampung Rembau dan Bayo.

“Kami akan membuat sekatan baru itu selepas dua kampung Orang Asli itu akan dibalak,” kata Mustafa.

Selain JKOAK, turut serta dalam pertemuan dengan kerajaan negeri Kelantan itu adalah wakil dari Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Kerajaan negeri pula diketuai oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Walaupun gagal mencapai kata sepakat, Nik Amar berjanji akan turun ke Gua Musang bagi membincangkan perkara itu dengan Orang Asli di sana.

Orang Asli Gua Musang telah membuat sekatan bagi menghalang pembalakan di kawasan mereka sejak beberapa minggu lalu.

Ekoran itu, kerajaan negeri mendakwa ada dalang di sebalik tindakan Orang Asli itu.

 

TAGS