Mesyuarat PH, PPBM bakal tentukan hala tuju gabungan besar pembangkang

Mesyuarat PH, PPBM bakal tentukan hala tuju gabungan besar pembangkang

Mesyuarat rasmi Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) petang ini bakal menentukan halatuju gabungan pembangkang yang lebih besar menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mesyuarat rasmi Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) petang ini bakal menentukan halatuju gabungan pembangkang yang lebih besar menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

PPBM dijangka akan menyertai PH secara rasmi hari ini dan akan menentukan di mana Pas akan berada selepas ini. Ini kerana ketika PPBM dan PKR mempunyai hubungan dengan parti itu, Pas pula menolak sama sekali pihak yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Selain menyertai PH, ke empat-empat parti ini dijangka akan menandatangani perjanjian bersama di kalangan mereka.

Pemimpin PH dan Amanah yang menyertai mesyuarat rasmi hari ini.Mesyuarat di ibu pejabat PKR yang bermula kira-kira jam 3.30 pertang hari ini disertai oleh semua pimpinan utama parti PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Delegasi PPBM diketuai oleh presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, DAP oleh Lim Guan Eng manakala Amanah oleh Mohamad Sabu.

Perwakilan PPBM turut disertai oleh timbalan presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, naib presiden Tan Sri  Rashid Abdul Rahman.

PKR pula disertai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, naib presiden Rafizi Ramli dan Tian Chua serta Setiausaha Agung Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Turut mewakili DAP adalah Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP), Teresa Kok dan lain-lain.

Amanah pula disertai oleh timbalan presiden Salahudin Ayub, naib presiden Ustaz Hasanudin, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Ketua Awan Dr Mariah Mahmud, Pengarah Pilihan Raya Dr Hatta Ramli dan Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad.

Turut serta adalah Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifudin Abdullah.

 

TAGS