Minum petang bersama kartunis Zunar

Minum petang bersama kartunis Zunar

Orang ramai dijemput hadir ke majlis kutipan dana dan minum petang bersama kartunis satira politik, Zunar anjuran Kumpulan Kartunis Independen (KKI), 17 Disember ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Orang ramai dijemput hadir ke majlis kutipan dana dan minum petang bersama kartunis satira politik, Zunar anjuran Kumpulan Kartunis Independen (KKI), 17 Disember ini.

 Bakal berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Jalan Maharajalela di ibu negara, kutipan dana berkenaan bagi membiayai kes-kes mahkamah Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

Program dijadualkan bermula pukul 3 hingga 6 petang dengan sumbangan RM50 setiap seorang. Maklumat lanjut boleh hubungi Cherise Boey (019 323 8777), Lawrence J (016 685 9963) dan Johnny Ong (016 311 2063).

Karya Zunar dengan karakter terbaharunya digelar sebagai “Donald Dedak” muncul selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar awal bulan ini dilapor berkata, kartunis itu boleh melukis kartun-kartun seperti “Mcdonalds dan Donald Duck”.

Kenyataan Khalid itu ekoran tangkapan ke atas Zunar selepas pameran karyanya di Pulau Pinang diserang kira-kira 30 ahli Pemuda Umno Pulau Pinang akhir bulan lalu. Akibatnya, Zunar dilokap semalaman mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Banya karya Zunar mengoncang Putrajaya.

TAGS