Minyak masak sepaket kekal RM2.50, dalam botol ikut harga pasaran

Minyak masak sepaket kekal RM2.50, dalam botol ikut harga pasaran

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pembelian panik membabitkan penjualan minyak masak sejak beberapa hari lalu kononnya akan berlaku kenaikan harga minyak masak selepas pembentangan Bajet 2017  kini terjawab.

Pelanggan kini terpaksa membayar harga pasaran untuk minyak masak dalam botol bermula 1 November ini manakala minyak masak dalam plastik kekal berharga RM2.50 sekilogram, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata harga tersebut akan berkuat kuasa 1 November ini berikutan langkah rasionalisasi subsidi.

Pengekalan harga tersebut diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

TAGS