Misi WBG: Kementerian luar berusaha bebaskan Dr Fuziah

Misi WBG: Kementerian luar berusaha bebaskan Dr Fuziah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kementerian Luar Negeri kini sedang berusaha untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel, pada Rabu.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak Kementerian sudah menghubungi beberapa pihak untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan itu berada dalam keadaan selamat.

“Kita buat masa ini sedang memantau perkembangan itu,” petik kenyataan Kementerian Luar Negeri.

Terdahulu, tentera Israel telah menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia bersama tiga anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk seorang wakil tunggal Malaysia, Dr Fuziah Mohd Hassan, dalam misi ‘Womens Boat to Gaza’ (WBG) semalam.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), dalam kenyataan malam tadi , mengesahkan kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia).

Kapal Zaytouna itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod, menurut kenyataan itu.

Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

 

TAGS