Misi WBG: Pemuda PSM desak rakyat boikot produk Zionis

Misi WBG: Pemuda PSM desak rakyat boikot produk Zionis

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mengutuk rejim Israel ini dan melakukan pemboikotan berterusan ke atas produk-produk Zionis di Malaysia

Ahli Jawatankuasanya Khalid Mohd Ismath turut memuji tindakan berani kesemua 13 aktivisdalam misi Women Boat to Gaza (WBG) yang cuba merempuh sekatan perairan ke bumi Palestin.

“Pemuda PSM menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mengutuk rejim Israel ini dan melakukan pemboikotan berterusan ke atas produk-produk Zionis ini di Malaysia sebagai satu bentuk tekanan ke atas kerajaan haram berkenaan.

“Melawan penindasan memerlukan kerjasama kita semua,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tindakan berani dan radikal ini harus diangkat oleh masyarakat sebagai teladan khususnya buat seorang rakyat Malaysia, Dr Fauziah Hassan.

“Tindakan berani dan radikal ini harus diangkat oleh kita semua sebagai teladan dalam perjuangan melawan kekejaman dan penindasan yang berlaku dimana-mana.

“Kerajaan haram Israel jelas bacul dan penakut kerana menyekat dan menahan bot kecil yang tidak besenjata dan kesemua aktivisnya adalah kaum hawa,’ ujarnya dan mendesak agar dibebasan segera kesemua tahanan berkenaan dan seluruh dunia perlu bersuara dan memberi tekanan dalam segala aspek,” ujarnya.

Terkini Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan WBG, Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lalu , telah dibebaskan. Dr Fauziah akan diterbangkan segera ke Malaysia dalam waktu terdekat ini seperti dilaporkan Bernama.

Manakala dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.

TAGS