Mohd Asri persoal  ‘debat’ Zamihan yang tidak menjadi

Mohd Asri persoal ‘debat’ Zamihan yang tidak menjadi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin memberi kata dua kepada Ustaz Zamihan Mohd Zain untuk menentukan tarikh debat yang sesuai sebelum 17 Febuari ini, sebelum ‘kes debat’ itu dianggap selesai di pihak beliau.

”Selepas tarikh 17hb jika beliau masih tidak mahu, saya anggap ‘tutup kes’. Saya akan banyak ke luar negara selepas itu.

“ Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya. Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mohd Asri berkata demikian setelah Ustaz Zamihan Mohd Zain tidak dapat menuhi tarikh yang telah ditetapkan pada 10hb berikut kononnya beliau ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan.

“ Saya tertanya beliau yang sebut dahulu 24 jam bersedia, sepatutnya tiada alasan. Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10hb untuk program gantian.

“ Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut. Saya hairan,” ujarnya merujuk kepada cadangan tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mereka mengadakan diskusi.

Diskusi ini sudahpun disediakan tajuk iaitu ‘Ekstrimishme di Malaysia’ yang sangat bertepatan dengan isu semasa kini, namun kata Mohd Asri beliau bersetuju dan turut menunda semua programnya pada tarikh berkenaan.

“Sekarang banyak pula syarat-syarat baru termasuk persetujuan pihak berkuasa agama tempatan dan seumpamanya. Saya bertambah hairan.

“ DS Shahidan Kassim pula nampaknya memberikan tarikh alternatif yang baru untuk Zamihan pilih iaitu 11, 12, 13, 14, 15, 16 dan 17.
“ Banyak pilihan nampaknya. Walaupun sebenarnya pada 13 dan 14 saya dititahkan mengiringi Raja Muda Perlis ke dua buah universiti di Thailand.

“Pun begitu, memandangkan Ustaz Zamihan sering menuduh pelbagai pihak dengan isu keganasan ini, maka ingin menyatakan saya BERSETUJU dengan salah satu tarikh berkenaan.

“Saya akan memohon keuzuran daripada Raja Muda Perlis jika ditakdirkan Ustaz Zamihan pilih 13 ataupun 14. Apa yang penting, hasrat yang sekian lama beliau canangkan itu, saya tunaikan inshaAllah,” jelasnya.

Pada 4 Februari lalu Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin tidak keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang sivil dan mengadakan perdebatan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sekiranya, beliau terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro syiah, ekstemis takfir dan sesat.

Kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula mencadangkan satu wacana ilmu diadakan melibatkan Mohd Asri dan Zamihan Cadangan Shahidan itu ekoran ajakan debat yang dikemukan Zamihan kepada Mohd Asri.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mencadangkan wacana itu diadakan pada 10 Februari ini jam 9 malam dengan menjemput pihak Astro Awani
atau TV Al Hijrah sebagai moderator manakala tempat akan ditentukan kemudian.

 

TAGS