Mohd Jidin nafi bakal menteri besar baharu

Mohd Jidin nafi bakal menteri besar baharu

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee meminta semua pihak menghentikan penyebaran maklumat yang mengaitkannya sebagai bakal menteri besar baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri ini  berkata, berita yang disebarkan itu perlu dihentikan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Lebih elok perkara yang belum terjadi tidak disebarkan untuk mengamankan keadaan. Kalau nak viralkan pun, virallah apa yang boleh memberi manfaat, memberi sokongan yang boleh kita buat panduan,” ujarnya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Nama Mohd Jidin mula disebutkan sebagai bakal ganti Razif sejak beberapa bulan lalu lagi melalui perbualan mulut ke mulut.

Selain Mohd Jidin, nama Datuk Rozi Mamat, Adun Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri sekarang juga disebut-sebut sebagai bakal MB yang baharu, namun beliau telah menafikannya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd Jidin turut mengatakan sepatutnya semua Adun BN dan ketua bahagian akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada hari ini tetapi ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Desas desus mengatakan Najib akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat  apabila sultan berada di istana hinggapnya hingga semalam.

Malah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Rozilan Salleh turut mengdedahkan tiada pertemua diantara Najib dan Sultan Terengganu semalam kerana Najib yang juga ahli parlimen Pekan itu dalam perjalanan ke Sarawak untuk tujuan kempen pilihan raya.

Ini ekoran Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Berita yang mulanya disiarkan oleh Malaysia Dateline itu disahkan kemudiannya oleh jurucakap istana Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.

TAGS