MP pembangkang kemuka usul tindakan ke atas Jamal

MP pembangkang kemuka usul tindakan ke atas Jamal

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mad Akin memfailkan bagi membincangkan provokasi gerakan gaju merah di Dewan Rakyat.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) itu dibuat supaya Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak ke atas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

“Dewan ini membahaskan usul mengenai perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan iaitu ancaman dan ugutan kumpulan Baju Merah yang mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam serta tindakan pihak berkuasa menangani masalah ini.

“Kebelakangan ini, baju merah diketuai Jamal melakukan provokasi sehingga bertindak ganas terhadap kumpulan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, iaitu Bersih.

“Provokasi yang dimulakan Baju Merah menyebabkan beberapa peserta konvoi Bersih diganggu malah ada juga yang cedera akibat provokasi melampau oleh kumpulan ini,” katanya dalam usul berkenaan.

Usul tersebut dihantar kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahad lalu, ketua Umno Sungai Besar itu tercedera di bahagian hidung selepas pergelutan dengan beberapa pegawai polis di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Ia terjadi beberapa minit selepas penyokong Baju Merah mengherdik Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika berkempen mempromosi perhimpunan Bersih 5.

Semalam, Jamal membuat laporan polis kononnya dipukul penyokong Zuraida yang juga merupakan ahli Parlimen Ampang.

TAGS