MPT Bersatu tegur ahli parti buat kenyataan berbaur rasis

MPT Bersatu tegur ahli parti buat kenyataan berbaur rasis

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegur salah seorang pimpinan wanita Srikandi yang mempunyai jawatan di peringkat negeri kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dalam tulisan di facebooknya Tariq Ismail berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh Hamizura Osman di status yang dimuat naik.

Hamizura berkata: “Dalam usaha kita nak turunka Najib…dalam masa yang sama…jangan bagi Cina pijak kita…Tak perlu la nak memuji-muji sang Cina dikalangan kita. Cinalah yang sepatutnya merayu-rayu kepada Melayu…ini bumi Melayu…,” ujarnya seperti dipaparkan dalam status dimuat naik.

Twit Hamizura

Tariq turut mengingatikan ahli partinya tidak menggunakan nama  Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad atau lambang parti digunakan atas sebarang kenyataan  yang berbaur  perkauman.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan ada hak untuk tinggal di negara Ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini.

“Kita mesti ingat Wawasan Parti ingin kembalikan dan perkasakan maruah Melayu. Maruah Melayu yang berteraskan keadaban (civilization) yang beradab, bersopan, beralas bila bercakap, bermusyawarah bila bertindak dan bermasyarakat dalam hidup. Hak Melayu memperkasakan Maruah Melayu, bukan untuk memperjuangkan Ketuanan Melayu,” tulisnya.

Bahkan Ketua Bahagian Sri Gading ini turut mencabar Hamizura supaya kembali ke pangkuan Umno.

” Kalau nak memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan mencaci dan menghasut orang dan rakyat jelata saya cabar kamu pergi balik Umno.

“Saya yakin Umno sendiri tak nak kamu. Rakyat akan tolak kamu. Kita semua harus sentiasa ingat tiap hari kita solat, kita doa kepada Allah “Ihdinosirotolmustaqim”. Bawa aku ke jalan yang lurus.

“Bukankah ini pedoman kita? Jangan ikut resmi lalang, semakin berisi makin tegak. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk,” tegasnya.

Namun Hamizura yang juga adik kepada Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman itu membalas cabaran Tariq dengan memohon maaf menerusi status di laman facebooknya.

Hamizura berkata:” Status saya tentang Cina tadi…ramai pemimpin Melayu yang PM tepi saya…baik boss…Saya minta maaf…lepas ni saya tidak usik tentang Cina lagi…so sorry..” ujarnya.

twit haniza osman 1

{loadposition myposition}

CATEGORIES