Mufti harus berhemah keluar kenyataan, ajak bersatu elak salah tanggap

Mufti harus berhemah keluar kenyataan, ajak bersatu elak salah tanggap


Dikalangan mufti di negara ini disarankan untuk mengajak masyarakat lebih bersatu padu apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan bagi mengelak salah tanggapan  dan keliru yang boleh memecah belahkan masyarakat dan mencemarkan institusi mufti itu sendiri.

Sahibus Samahah Datuk Kipli YassinDikalangan mufti di negara ini disarankan untuk mengajak masyarakat lebih bersatu padu apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan bagi mengelak salah tanggapan dan keliru yang boleh memecah belahkan masyarakat  mencemarkan institusi mufti itu sendiri.

Terkini timbulnya polemik umat Islam dan bukan Islam terhadap kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman pada 23 Jun lalu, berkaitan tuduhan ‘kafir harbi’ ke atas pemimpin politik bukan Islam dan penyokong ahli parti itu, seperti dilapor media arus perdana.

Manakala pada 13 Julai kerajaan negeri Terengganu telah menguatkuasakan larangan berceramah ke atas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau juga tersenarai antara 16 individu dilarang oleh kerajaan negeri Johor mengadakan ceramah agama di negeri berkenaan kerana dipercayai bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Polemik ini benar-benar menimbulkan konflik dikalangan masyarakat dalam meletakkan institusi mufti itu ditahap yang tertinggi sebagai pusat rujukan fatwa dan pandangan umum kepada umat Islam sebagaimana saranan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majib  kepada Malaysia Dateline baru-baru ini.

Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samaha Datuk Kipli Yassin ketika diminta memberikan pandangan terhadap polemik yang berlaku berkata, sebagai agamawan amat penting mengajak semua umat Islam bersatu padu bersesuaian dengan seruan dalam Al-Quran.

“Allah swt berfirman yang bermaksud:”setiap orang mukmin itu bersaudara” jadi sebagai seorang mufti mereka perlu memberi nasihat dan contoh kepada masyarakat dari sudut ajaran agama yang tulin sifatnya untuk mengajak masyarakat bersatu padu.

“Sewajarnya mufti cuba menjawab persoalan berbangkit dan atasi perbezaan pandangan itu secara profesional dan ilmiah sifatnya,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau juga tidak menolak seorang mufti mempunyai etika yang perlu dipatuhi bagi mengelak konflik salah tanggapan terhadap setiap kenyataan yang dikeluarkan.

“Seorang mufti berhak untuk mengeluarkan pandangan jika diminta. Tetapi perlu di ingat, ada perkara yang kita tidak perlu ulas kerana terkait dengan hukum dan dari sudut kefatwaan pula, sesuatu perkara yang baru (kontemporari) perlu dijelaskan dari sudut fatwa yang sudah disepakati bersama  jawatankuasa fatwa negeri.

“Seorang mufti perlu berpegang kepada etikanya. Mereka perlu memikirkan setiap apa yang hendak dinyatakan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sama ada kenyataan itu akan memberi kesan kepada diri, masyarakat atau agama,” ujarnya.

Beliau ditemui ketika hadir dalam Perhimpunan Agamawan Kebangsaan yang bertemakan ‘Peranan Ulama dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara’ anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) semalam.

Sahibus Samaha Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar Dalam majlis sama, Mufti Negeri Sabah Sahibus Samaha Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar pula tidak menolak pandangan, kenyataan seorang mufti itu boleh dianggap sebagai fatwa oleh sebahagian masyarakat berbanding pandangan peribadi.

“Seorang mufti dibolehkan membuat kenyataan bergantung kepada enekmen negeri masing-masing. Mungkin Pahang ada enekmen tersendiri sama ada apa yang dikatakan muftinya itu akan menjadi fatwa.

“Di negeri Sabah, apa yang mufti cakap bukan fatwa. Fatwa mesti melalui jawatankuasa fatwa negeri itupun akan dianggap sebagai fatwa apabila telah diwartakan sebagai fatwa negeri.

“Dalam hal ini masyarakat perlu diperjelaskan dan faham fungsi seorang mufti itu.

“Apabila mereka mengeluarkan kenyataan seharusnya sebagai masyarakat mereka juga perlu bertabayyun (selidiki) sama ada itu kenyataan peribadi atau fatwa.

“Tidak bolehlah terus nak anggap semua yang mufti cakap itu fatwa,” ujarnya ketika diminta memberi pandangan sama berkaitan polemik yang berlaku.

Malah pandangannya setiap mufti juga harus mengambil kira keputusan fatwa negeri yang telah digazetkan dan peraturan pentauliahan seorang penceramah di setiap negeri.

“Setiap pendakwah tidak kiralah sama ada dia seorang mufti sekalipun, perlu mendapat pentauliahan oleh Majlis Agama Islam Negeri kerana peraturan itu sudah menjadi amalan.

“Peraturan pentauliahan itu dibuat bukan untuk menyekat dakwah sebaliknya bertujuan memastikan apa yang disampaikan itu sesuai dan ia
memberikan kesan terbaik kepada masyarakat mengikut negeri berkenaan.

“Sebilangan mufti kadangkala berbeza dalam menafsirkan agama mengikut konteks Malaysia.

“Kita kena berbalik kepada enekmen undang-undang Islam negeri yang mana majoritinya perlu merujuk kepada mazhab shafie kalau takda yang sesuai baru boleh dirujuk kepada mazhab lain.

“Perbezaan mazhab tidak salah. Namun mana-mana pandangan berbeza janganlah disampaikan dengan cara menyalahkan dan menuduh pihak tertentu sebagai bidaah, syirik dan tidak ikut sunnah dan sebagianya.

“Maka timbul isu mufti tidak mengambil kira fatwa negeri dan rakyat pula jadi tertanya-tanya apa yang selama ini mereka lakukan itu salah.  

“Kita ada 13 mufti negeri sudah tentu mereka semua merujuk kepada pandangan mazhab syafie dalam menyatakan hukum dan mengeluarkan fatwa negeri atau mengeluarkan pandangan sendiri,” ujarnya.

TAGS