Muhyiddin boleh jadi PM atas keterbatasan Anwar,  kata Shahruddin

Muhyiddin boleh jadi PM atas keterbatasan Anwar, kata Shahruddin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keterbatasan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah faktor utama mengapa bekas ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Menurut beliau, calon berpotensi pakatan pembangkang untuk jawatan perdana menteri ialah presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keterbatasan Anwar di sudut perundangan negara menjadi faktor penghalang bekas ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Najib Razak.

“Keterbatasan. Dia (Anwar) mempunyai beberapa keterbatasan yang mana banyak benda beliau lalui. (Anwar) kena tunggu lima tahun.

“Keadaan tidak bersama beliau setakat ini dan itu realitinya.

“Kalau PRU akan diadakan tahun depan, yang layak bertanding dengan hukum undang-undang yang ada adalah Tan Sri Muhyiddin, walaupun Anwar layak dan saya tak nafikannya, tetapi ada kekangan undang-undang untuk Anwar bertanding,” kata Shahruddin dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata Muhyiddin ialah pilihan utama sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.

Bercakap di London beberapa minggu lalu, Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung kepada persetujuan barisan pembangkang.

TAGS