Muhyiddin gariskan tiga ramuan utama untuk jamin kemenangan PH

Muhyiddin gariskan tiga ramuan utama untuk jamin kemenangan PH

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengariskan tiga ramuan utama bagi memastikan Pakatan Harapan berjaya menuju kemenangan dan membentuk kerajaan Malaysia baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH itu berkata, persiapan sejak dua tahun lalu kini sudah ke kemuncaknya untuk melihat komitmen sepadu bagi mencipta sejarah baharu membentuk kerajaan Pakatan Harapan bagi rakyat Malaysia.

“Dalam pilihan raya ini kita akan tumbangkan BN untuk berjaya ke Putrajaya membentuk sebuah kerajaan yang baik bagi rakyat.

“Saat dan ketikanya hampir sampai mungkin 100 hari dari hari persidangan yang kita adakan hari ini.

“Apakah ramuan yang menjadi asas untuk menentukan kejayaan dan kemenangan kita.

“Pertama yakin dengan perjuangan kerana perjuangan untuk menentang kemungkaran menegakkan kebenaran. Perkara dilakukan kerajaan kleptokrat di bawah BN telah bawa bebanan berat kepada rakyat. Keyakinan satu perkara paling utama jangan curiga atau ragu atas dasar ituah kita berjuang.

“Keduanya pilihan raya dianggap sebagai ‘perang’ dan dalam soal ‘peperangan’ ini arahan dikeluarkan pimpinan di pelbagai peringkat perlu dilaksanakan dengann taat setia. Tiada seorang memungkiri dalam strategi disusun dilaksanakan sebaik-baiknya.

“Ketiganya untuk menang – kerana kali ini pilihan raya paling getir ibu segala PRU maka kita perlu cipta kemenangan, harus berjuang bermati-matian. Kalau nak menentukan kita berjaya mencipta perkara yang pelik dan enting harus berjuang menyusun barian dan saf dipelbagai peringkat.

“Keempat, soal pembahagian kerusi – sudah hampir selesai mungkin ada berita dan khabar baik. Ini sesuatu lebih penting, sewaktu diputuskan kita harus terima dengan baik. Keputusan dibuat menerusi rundingan teratur dan saling menghormati dan bertolak ansur, menentukan kita berada di sini untuk hadapi pilihan raya.

“Setiap parti letakkan calon terbaik di setiap kawasan dan tidak ada satu kawasan tidak ditandingi dan calon kita lebih ramai daripada mereka di seluruh negara. Kita mesti sokong calon kita,” ujarnya.

Muhyiddin yang juga Presiden PPBM itu lagi, turut berpesan semua ahli dalam PH supaya menyokong calon parti yang bertanding sepenuhnya.

“Jangan ada pihak yang cuba untuk mensabotaj calon kita, dianggap sebagai ‘pengkhianat’ sebab itu kita tidak akan berjaya menumbangkan BN,” pesannya.

8.3
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS