Muhyidin akan kekal dalam Umno, pro  Zahid kurangkan serangan

Muhyidin akan kekal dalam Umno, pro Zahid kurangkan serangan

Buat masa ini, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin akan terselamat dari dipecat keahliannya oleh parti itu kerana serangan yang biasanya beliau terima dari kumpulan pro Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah berkurangan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Buat masa ini, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin akan terselamat dari dipecat keahliannya oleh parti itu kerana serangan yang biasanya beliau terima dari kumpulan pro Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah berkurangan.

Menurut sumber Umno, Zahid mahu Muhyidin kekal dalam Umno buat masa ini bagi memastikan peluang untuk beliau naik ke kerusi perdana menteri lebih terbuka luas.

“Orang Zahid tidak serang Tan Sri sekarang kerana mereka mahu beliau kekal dalam Umno buat masa ini. Ini kerana, jika kekal dalam Umno, Muhyidin akan berjaya dekati pemimpin Umno dalam usahanya jatuhkan PM,” kata sumber Umno itu.

Apabila ini berlaku, katanya, yang selamat adalah Zahid kerana sasaran Muhyidin adalah Datuk Seri Najib Razak.

Sekarang ini, katanya, Muhyidin dilihat bergerak ke cawangan-cawangan Umno untuk berkempen bagi menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

Muhyidin bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan kempen Selamatkan Malaysia dengan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Harapan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Baru-baru ini, beliau bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan majlis bersama dengan Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub dalam satu majlis di sebuah hotel dekat Muar.

Sambutan menggalakkan diberikan kepada Muhyidin oleh ‘Bangsa Johor’ di majlis berkenaan yang meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib agar turun dari kerusi perdana menteri.

Isu skandal 1MDB menjadi topik utama serangan ke atas Najib.

1 Mei nanti, Muhyidin bersama Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan akan turun ke Kedah pula. Turut serta adalah bekas menteri besarnya Mukhriz.

Mereka akan memberikan ucapan di hadapan Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar bersama Mohamad Sabu dan kepimpinan Kedah yang lain termasuk Adun dan ahli parlimen PAS.

Selepas itu, mereka akan turun ke Kelantan dan seterusnya Terengganu pula. Pada 11 Mei, program besar akan dilakukan di Selangor pula dengan menteri besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri sedang menggerakkan seluruh rakyat Selangor untuk menyertainya.

Menjelang 15 Mei, mereka mensasarkan satu juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat sebelum ia di serahkan kepadan Majlis Raja-raja Melayu yang akan bermesyuarat beberapa hari selepas itu.

TAGS