Muhyiddin setuju bebaskan Anwar jadi agenda bersama

Muhyiddin setuju bebaskan Anwar jadi agenda bersama

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Lima hari selepas pertemuan bersejarah Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin setuju untuk jadikan pembebasan Anwar sebagai salah satu agenda perjuangan bersama beliau.

“Ada yang minta (tanya) saya boleh ke bebaskan Anwar?

“Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar.

“Nak harapkan Najib bebaskan Anwar?” tanya Muhyiddin ketika berucap di hadapan 200 penduduk di Kampung Geylang Simpang Pertang dalam Program Jelajah Selamatkan Malaysia anjuran Ranting PKR Kampung Geylang di Jelebu petang semalam.

Namun, kata Muhyiddin, isu pokok perlu diselesaikan dahulu.

“Saya rasa amat kasihan apa yang ditangungg Anwar sama ada betul atau tidak betul terserah pada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam penjara.

“Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,”ujar Muhyiddin dalam ucapan itu.

TUKAR KERAJAAN

Kata Muhyidin, perkembangan yang berlaku di peringkat mutakhir ini cukup bahaya amat serius dan kritikal.

Bagi beliau, rakyat perlu memberi peluang kepada PPBM untuk mentadbir negara dengan gabungan pakatan pembangkang di negara, kata Muhyiddin.

Beliau berkata, muafakat baru ini akan mewujudkan pakatan yang mampu ambil alih bagi membentuk kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab kelak.

“Perkembangan mutakhir ini saya lihat cukup bahaya, kritikal dan serius.

“Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan.

“Saya tidak akan balik semula pada Umno kerana Umno dikaitkan kini dengan budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini …buat rakyat takut.

“Kita perlu wujudkan barisan ‘people front” rakyat perlu berada di barisan hadapan.

“Selain semua parti politik pembangkang ke arah wujudkan barisan kukuh dan bersetuju bertanding satu lawan satu,” ujarnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata, parti pribumi dan pakatan pembangkang memerlukan satu manifesto bersama.

“Menjelang pilihan raya kelak kita perlukan satu manisfesto bersama dengan gabungan parti lain yang akan dibincangkan kelak.

Turut hadir salam program ini Setiausaha Agung PPBM Kamarulazman Habibur Rahman, Ketua Ranting PKR Yusuf Ibrahim, Ketua Pemuda Ranting Kampong Geylang PKR Faizal Idrus.

TAGS