Mujahid seru pemimpin, ahli berjuang kerana kasihkan negara

Mujahid seru pemimpin, ahli berjuang kerana kasihkan negara


Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa  menyeru agar pemimpin dan ahli parti berjuang kerana kasihkan negara bukan berjuang kerana kemarahan kepada Umno-BN.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa  menyeru agar pemimpin dan ahli parti berjuang kerana kasihkan negara bukan berjuang kerana kemarahan kepada Umno-BN.

“Adakah kita lawan hari ini kerana marah kepada Umno- BN atau hari ini kita berjuang kerana kasih kepada negara ini?

“Kalau kita berjuang kerana marah, perjuangan tidak kekal tetapi berjuang kerana kita “kasih” itulah yang diharapkan orang ramai.

“Sebab itu kita kena berbeza dengan parti lain perlu membawa penyantunan jiwa dengan perjuangan politik kita,” ujarnya dalam ucapan penangguhan konvensyen petang ini.

Beliau juga mengucapkan syabas dan taniah kepada seluruh jentera Amanah telah memilih jalan ini (bersama Amanah)

“Kita tidak boleh toleh ke belakang lagi. Kita kena maju ke hadapan dan mungkin kita boleh jadi tidak popular dengan pandangan kita.

“Kita tidak mahu mendengar ahi ragu-ragu bagaimana kita menentang isu perkauman habis-habisan di negara ini. Kita tidak boleh berkompromi dengan adanya perkauman maka tidak ada rahmatan lilalamin yang kita perjuangkan, maka tidak adalah Amanah,” ujarnya.

Dr Mujahid yang juga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia turut menjelaskan perkembangan Nadwah Ulama (Nunji) sejak setahun lalu ditubuhkan dan diletakkan dibawah Biro sumber Manusia.

“Kita jadikan kerangka rahmatan lilalami, ini sebagai neraca politik dalam maqasid syariah dan membentuk satu figh siasi politik yang mana ia merupakan acuan Malaysia atau “Fiqh Siasi Malaysia”.

“Jika tidak ada aral melintang awal tahun depa kita ada asas pembinaan figh ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan Nunji berjaya mengerakkan pasukan Asatizah pada tahun 2015-2016 yang berlansung di Johor,Kedah Perlis, Pulau Pinang, Terengganu Pahang dan Wilayah Persekutuan untuk melebarkan kefahaman ini.

Bahkan menerusi Nunji juga ujarnya, telah membariskan lapan penulis untuk menerbitkan ‘booklet’ yang merangkumi beberapa topik perbincangan seperti Figh Kenegaraan, Fiqh Alawaiat Dalam Pelaksanaan Hudud,Fiqh Demokrasi, Sikap Islam ke atas Ekstrimisme, Figh Nusyuz dan terakhir koleksi Prosiding Nunji 2015.

Malah ujarnya lalgi, dijangka pada Ffebruari tahun hadapan akan diteruskan Nunji 2017 iaitu kali ke 3 diadakan nanti dengan tema “Maqasid Atas Polisi Negara”, ujarnya.

Perwakilan diberitahu  di bawah Biro Sumber Manusia ini juga telah mengadakan Kursus Asas Keahlian Amanah (Kalam) ujarya turut dilaksanakan setahun lalu di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Perak, Negeri Sembilan Melaka, Terengganu ,Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan.

“Ini akan bagi gambaran tentang neratif yang menceritakan kenapa kita perlu ada misi dan visi serta paling penting nilai teras amanah dalam parti,” ujarnya.

TAGS